Ini permulaan

DIS 13 — Kepada pembaca blog “prabaganesan.wordpress.com”,

Waktu saya masih di sekolah menengah ayah adakala membeli surat khabar Bahasa Malaysia pada hujung minggu. Memang saya akur oleh kerana pilihan sekolah saya, penduduk di kawasan tempat tinggal saya dan bahasa pergaulan keluarga pada masa itu saya lebih gemarkan surat khabar Bahasa Inggeris. Itu dan kandungan dalam “English papers” yang lebih dan mendalam.

Itu bukan sebab penulis dan pengarang di dua surat khabar utama di Malaysia kurang berkebolehan berbanding dengan pasukan di “English papers” — yang medapat majority daripada isi kandungan hujung minggu dari sumber antarabangsa seperti Reuters, AFP, AP dan juga hasil tulisan dari akhbar-akhbar luar negeri.

Oleh itu, perbandingan antara suratkhabar dalam dua bahasa ini agak sukar, tidak berada dalam “level-playing field”.  

Tapi tujuan “posting” ini adalah untuk menerangkan mengapa saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia pun. Mengikut nasihat yang diberi of Hishamuddin Rais pada satu konferens beberapa tahun dahulu, yang tidak mungkin mereka yang inginkan perubahan di Malaysia akan berjaya tanpa ide mereka disebarkan secara konstan and meluas dalam Bahasa Malaysia.

Kelebihan suratkhabar kontroversial “Utusan Malaysia” hanya pada penggunaan bahasa penulisan mereka. Lebih ramai pembaca yang masih menyokong regime pemerintah BN membaca “Utusan” ataupu suratkhabar yang lagi satu di Jalan Riong. Sebab itu pada masa ini BN lebih risau pada sebaran “Harakah” dan “Suara Keadilan” daripada mana-mana pesaing lain.

Ini mungkin akan berubah pada singkat — 5-10 tahun — dengan pertambahan mutlak mereka yang akan membaca dari sumber internet (online portal dan blogs).

Penulisan saya di sini bukanlah untuk menambahkan khazanah sastera Malaysia, tetapi untuk menyampaikan ide-ide yang saya rasa perlu dipikirkan — walaupun akhirnya ditolak oleh majority pembaca.

Matlamat adalah untuk menyampaikan mesej kepada lapisan masyarakat yang sebelum tidak membaca tulisan saya oleh kerana bahasa yang digunakan.

Tetapi saya rasa bahasa yang mudah dan tidak berbunga mungkin boleh memberi manfaat kepada saya dalam mencapai matlamat saya. Fokus akan pada mesej dan saya berharap dengan bantuan masa saya akan meningkatkan mutu penulisan dalam blog saya ini.

Sekian terima kasih, dan “lookout” untuk penulisan saya yang seterusnya.

2 thoughts on “Ini permulaan

    1. boleh tahan..saya sebenarnya staff mpsepang..sekali sekala saya baca blog mr praba..feel free to contact me via email..

      tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s