Mahathir Sebagai Menteri Pelajaran Melanggar Janji-janji Pilihan Raya Pakatan Harapan

KENYATAAN MEDIA

18 MEI, 2018

MAHATHIR SEBAGAI MENTERI PELAJARAN MELANGGAR JANJI-JANJI PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN

Apabila Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengumumkan semalam yang dia bakal menyandang jawatan Menteri Pelajaran beliau secara terus-terang memecah salah satu janji utama pilihan raya Pakatan Harapan, seperti mana di tertera dalam manifesto mereka.

Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.”

(Janji 12, Manifesto Pakatan Harapan. Mukasurat 48 http://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf)

KUASA risau berhubung perkembangan ini. Janji ini dibuat secara langsung kepada rakyat Malaysia, dan segala penerangan dan justifikasi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Harapan tidak mengubah kebenaran dalam hal ini, yang Pakatan Harapan mengggagalkan satu janji penting.

Janji ini tidak memerlukan kepakaran untuk memahaminya dan maksudnya sangat mudah untuk ditafsir.

Seterusnya, dokumen manifesto Pakatan Harapan menyatakan:

Bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang adalah terlalu besar. Terdapat 10 orang Menteri dan 3 orang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan apakah peranan mereka sebenarnya.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada 3 orang sahaja.”

Pakatan Harapan memberi amaran kepada pengundi sebelum pilihan raya yang terlalu banyak kuasa tersimpan dengan perdana menteri dan jabatannya, dan kuasa ini harus dikurangkan.

Kini, mantan perdana menteri yang kembali ke jawatan utamanya, boleh menamakan tiga menteri dibawah jabatannya, sambil mengawal kementerian pelajaran.

KUASA mengingati kerajaan baru ini, yang ketakutan umum atas bidang kuasa keterlaluan ditangan mana-mana perdana menteri bermula sewaktu pentadbiran Mahathir (1981-2003). Pada zaman tersebut, jabatan perdana menteri berkembang saiz, dan lebih malang, apabila timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, Mahathir mengambil alih portfolio kementerian kewangan.

Setiap perdana sejak keputusan itu telah mengikut langkah itu dan meletakkan kementerian kewangan dibawah telunjuk jari mereka.

Harus diingati yang tabiat buruk sukar dibendung. Dengan itu walaupun kementerian kewangan dibawah menteri lain, ia satu perkata yang membimbangkan yang perdana menteri gagal menjumpai seorang calon yang berwibawa daripada barisan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang menjangkau seratus orang untuk memimpin kementerian pelajaran.

KUASA memohon kerajaan baru ini menarik balik keputusan ini.

 

Praba Ganesan

Ketua Eksekutif

KUASA adalah NGO yang bertujuan untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia agar mereka memahami proses kerajaan dan kuasa milik mereka Bersama, melalui usaha-usaha turun padang dan perbualan meluas. Dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan KUASA di mykuasa.org atau fb.com/mykuasa atau di twitter melalui @mykuasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.